Monday, January 10, 2011

ALHAMDULILAH+BISMILLAH+SUBHANALLAH...

UNFORGETFUL MEMORY

SELAMA AKU MENDIAMI BUMI INI… SELAMA 19 TAHUN.. TIDAK PERNAH RASANYA AKU MENERIMA TAMPARAN SEPERTI YG BERLAKU WAKTU ITU..2 JANUARI 2010…TARIKH YG AKU TDK DPT AKU LUPAKAN…PERASAAN KU WAKTU ITU…MARUAH KU WAKTU ITU…KE MERASAKAN SEBAHAGIAN DIRIKU SEAKAN-AKAN HILANG DIBWA ANGIN YG BERTIUP DI TGH-TGH GURUN YG KERING..AKU TDAK LG BERPIJAK DI BUMI YG NYATA..DAN AKU MENGHARAPKAN  BUKAN AKU YG MENGALAMI NASIB SEPERTI ITU…DIHALAU SEPERTI ANJING…YG TDK PUNYAI NILAI DI MATA SEORG MAKHLUK BERNAMA MANUSIA..…

HATIKU TERASA PEDIH…SEPERTI DITOREH DGN PISAU YG TAJAM..HALUS TOREHAN TP SKITNYA SMPAI ULU HATI…
IZINKAN KU MENCERITAKANNYA…AKU DAN BEBERAPA SAHABAT KU BRU PULANG DR SATU KEM YG DIANJURKAN TDK BBERAPA JAUH DR TMPAT BELAJAR KAMI…

KAMI TERPAKSA MENUNGGU UTK SATU TEMPOH YG LAMA DI SATU TERMINAL BAS YG BERDEKATAN..MENNTKAN BAS YG AKAN MEMBAWA KAMI PULANG KE TEMPAT BELAJAR KAMI…OLEH KERANA BADAN SDH KEHILANGAN ENERGY,KAMI PUN MENCARI TMPAT YG BOLEH KAMI BERISTIREHAT…UNTUK MENGHILANGKAN KEPENATAN YG MENYELIMUTI DIRI INI…

MENCARI DAN TERUS MENCARI..AKHIRNYA JUMPALAH SUATU BILIK KECIL…UNTUK BEREHAT.. DN BILIK ITU JGAK DIJADIKAN TMPAT UNTUK SOLAT…KAMI INI MASIH LG ‘MENTAH’ DAN ‘ASING’….DI TMPAT ORG..TNPA BERTANYA..KAMI TERUS MASUK KE BILIK ITU UNTUK BEREHAT…SEKALI DGN BEG2 KAMI…KAMI X GUNKAN BNYAK SPACE PUN…KAMI PUN DA PERASAAN MEMBERI DAN TDK PENTINGKAN DIRI SENDIRI..SIKIT SHAJA RUANG YG KAMI GUNAKAN… BBRAPA ORG SHBT AKU INGIN BERJALAN-BERJALAN DI SEKITAR ITU..KECUALI AKU DAN SORG LG KAWAN KU…HNYA INGIN BERADA DLM BILIK ITU..MELEPASKAN LELAH YG SEDIA DA..

DAN…AKU XSDR..YG AKU DH BERDA DI ALAM LAIN…TIBA-TIBA… AKU DIKEJUTKAN DGN SUATU SUARA YG AKU PASTI,AKU TDK LASUNG MENGENALI SUARA ITU..PABILA AKU MEMBUKAKAN MATA..AKU MELIHAT SUATU MAKHLUK YG BERBADAN BESAR,BERMUKA BENGIS, MEMEGANG PEMEGANG PNTU YG TERBUKA LUAS…AKU DPT LIHAT BETAPA RAMAI YG MENGHALAKAN PNDGN KE ARAH KAMI..DLM KEADAAN YG MASIH KEBINGUNGAN…AKU CBA BGNKAN TUBHKU… AKU MERASAKAN ANGIN MARAH BERTERBANGAN DLM BILIK TU… BERGERAK BEBAS MENUJU KEARAH KAMI..INGINKU ULANG SBAHGIAN KATA-KATA YG KU TERIMA… ''KAMU NI KURNG AJAR!!..SAPE YG SURUH KAMU LTKKAN BRG DAN TIDOR KAT SINI….BLA..BLA..(LAST SEKALI)..KAMU NI ADA AKAL..FIKIRLAH…NI X..GUNALAH AKAL YG KAMU DA TU''…KAMI DIHALAU…SEAKAN-AKAN BNDUAN.. MALAH LBH DARI ITU…

KERANA BNYAK MATA YG MELIHAT…KAMI HNYA MAMPU BERDIAM DIRI.. TNPA SATU PATAH PERKATAAN  KELUAR..KMI BERJALAN DN TERTUNDUK MALU…JIKA XDTAHAN , AIR MATA INI MUNGKIN AKAN TUMPAH JUA…KAMI MENCARI TMPAT UNTUK MELETAKKAN BRGKU DAN KAWANKU…KAMI BERDUA JE…DGN X BERAPA SOPNNYA…

MANUSIA ITU..TERUS MEMERHATIKAN KAMI…TAKUT KAMI AKAN KEMBALI KE TMPAT TD..DGN MUKA YG TIADA SENYUMAN…KAMI MEMPUNYAI HATI YG LEMBUT…WAHAI MANUSIA ITU..TDK BOLEHKAH KAMU MENGELUARKAN KATA2 YG SOPN DN YG DTG DR AKAL YG WARAS…KAMI BUKAN MELAKUKAN KESALAHAN YG BESAR…KAMI X MENYENTUH LASUNG BRG YG DA DLM BILIK ITU…APAKAH KESALAHN KAMI..SMPAI KAMI DLAYAN SEBURUK ITU…

JIKA KAMI MMG MELAKUKAN KESALAHN..TDK SALH UNTUK KAMU MENEGUR KAMI DGN CRA YG BAIK…BUKAN SEPERTI ITU…SBB ISLAM ITU MENGAJAR KITA CRA MENEGUR YG BETUL… BERLAINAN ORG BERLAINAN CRA…ISLAM ITU INDAH..KITA SBGAI UMAT ISLAM..JGNLAH MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM…

JGNLAH ISLAM SEKADAR ATAS KAD PENGENALAN..TP KEHIDUPAN KITA TDK BERTERASKAN AJARAN ISLAM YG SEBENARNYA..DIMANAKH ISLAM DLM HATI KITA??..WALAUPUN  KITA NMPAK KESALAHAN ORG,PERLULAH KITA TGUR DGN CRA YG BAIK…JIKA BERKELAKUAN BGITU,KITA HNYA AKAM MMBERI PERSEPSI YG NEGATIF TNTG ISLAM TERHADAP ORG BUKAN ISLAM…

WAHAI PAK CIK….BERIKANLAH TGURAN  DGN CARA SEORG MUSLIM SEJATI…  JIKA MASA ITU PAK CIK DLM KEADAAN LETIH ATAUPN MEMPUNYAI PELBAGAI MASALAH..FIKIRKAN JGA ORG SEKELILING…MEREKA JGA SEPERTI PAK CIK…MEMPUNYAI PLBAGAI PERKARA YG MENYERABUTKAN JIWA..DN MEREKA JUGA MASIH BRU BELAJAR…JGNLAH DISEBABKAN PERASAAN MARAH YG MENGUASAI DIRI PAK CIK,MENYEBABKAN PAK CIK MELEPASKAN KEPADA ORG LAIN DGN CARA YG TDAK SOPAN…
JAUHILAH SIFAT MARAH..

BG SAYA SENDIRI…DISEBALIK KEJADIAN INI..DA HIIKMAHNYA KEPADA…KMI DN PAK CIK SENDIRI…KAMI X NK APE-APE..CUMA…PERBAIKI SIKAP PAK CIK SUPAYA ORG LAIN TDK MENERIMA NASIB SEPRTI KAMI..JGALAH..ADAB DAN TATASUSILA… INI DA SURAT UNTUK PAK CIK… MENGHILANGKAN RASA MRAH YG MENGELEGAK DLM JIWA…
~LETTER TO PAK CIK~

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang
lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi
kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka
akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya
jikalau kurang segalanya, maka akan

kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa
kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati

dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu

melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan
" Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,
bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :
" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu

pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi

yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak
kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga
meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan

tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku

bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan
kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya
dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada
di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa
dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila
sampai ketikanya Allah akan

ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan"
 
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya

lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan

yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan

api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah

tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada

tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan

kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang
lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah
lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan.
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah

tidak dapat dikawal.


Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan

syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu
tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan

telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak
ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,
sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup

berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak,
angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan
angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi
minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.
  ~pak cik,kenangan yg pak cik berikan kpd kami..xkan kami lupakan smpai bila.. walaupun kemaafan sdh kami berikan tp kesan hirisan pisau itu masih mekar dlm sanubari kami...kata org...kata-kata yg pahit mmg payah untuk dilupakan... smga pak cik dirahmatiNya..sy doakan pak cik berubah..
sy poskan surat ini melalui bayu yg bertiup…moga..suatu hari t,pak cik akn sdar dan berusahalah menjaga perasaan org lain..terutama insan bergelar hawa…
.(some p's men are dot..dot..dot..)

wassalam

 _indah_

No comments:

Post a Comment